Trending By: Yanie Baharom August 3, 2018 @ 5:00pm

Anak Dara Shah Rukh Khan Hiasi Muka Depan Vogue India. Meletop!

Suhana Khan, gadis ini lebih dikenali sebagai anak manja kepada aktor ternama, Datuk Shah Rukh Khan. 

Mewarisi bakat lakonan kedua ibu-bapanya meskipun kemampuannya belum pernah diuji di layar lebar, namun status sebagai pewaris legasi seni orang tuanya, sudah cukup menarik perhatian Vogue India untuk menampilkan Suhana sebagai penghias muka depan majalah itu.

Suhana yang berusia 18 tahun merupakan anak kedua Shah Rukh Khan bersama Guari Khan dan bersekolah di London sejak berusia 16 tahun.

Foto: Vogue India

Gadis itu memberitahu tujuannya berpindah kerana mahu berdikari dan membina keyakinan diri. Namun, India tetap dihatinya sekalipun berada jauh di perantauan.

Dia juga mengakui sedang menyiapkan portfolionya untuk program lakonan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan yang mengumumkan muka depan itu pada Vogue Beauty Awards berharap anaknya bakal menjadi bintang yang menyinar suatu hari nanti.

Foto: Vogue India

“Aku beruntung dapat bekerjasama dengan ramai wanita fantastik dan aku harap anakku boleh menjadi salah seorang daripada mereka suatu hari nanti,” ujarnya.

Suhana mempunyai rancangan untuk menjadi seorang pelakon dan kedua-dua orang tuanya sudah menyedari hal tersebut selepas melihat dia beraksi di panggung teater.

Foto: Vogue India

Sumber: Vogue India 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Oct 2020
Trending Mon, 15 Feb 2021
Featured Thu, 10 Nov 2022

“Kemas Rumah Pun Cantik!” – Netizen Puji Penampilan Simple Nora Danish

Sebut saja nama Nora Danish sudah pasti ramai yang mengenali aktres itu oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40 tahun. Baru-baru ini, Nora memuat naik satu perkongsian video di […]

Featured Mon, 8 May 2023

Beli Rumah Jutaan Ringgit, Nabila Razali Akui Tahan Nafsu Berbelanja

Tahniah Bella! Cantik bethul rumah💖💖💖

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Mon, 23 May 2022