Tunai Janji, Anwar Ibrahim Tolak Gaji Perdana Menteri – “Saya Ingin Pulihkan Keyakinan Rakyat”

Pelantikanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh telah mendapat liputan meluas dari dalam dan juga luar negara.

Sudah menjadi simbolik untuk pemimpin mengotakan janji manifestonya setelah diberikan mandat untuk menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan lagi kemajuan negara.

Anwar yang ditemui di sidang media, menegaskan dirinya tidak akan mengambil peruntukan gaji Perdana Menteri demi mendapatkan kepercayaan rakyat untuk menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang baik.

“Jadi untuk memulihkan keyakinan rakyat, supaya tidak melihat menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin itu tanpa kira parti, tanpa kira agama semuanya fikir gaji, kepentingan, kontraks, dan saham maka saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri.” ucapnya.

Sementara itu, ada juga warganet yang mengemukakan pendapat supaya memotong juga gaji menteri-menteri yang lain kerana tidak adil jika Anwar sahaja yang berbuat demikian.

“Gaji menteri lain pun kena tolak sekali Datuk Seri, baru adil untuk Datuk Seri,” tulis wargamaya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sumber: ERA

Halimey Zamal