[VIDEO] Caprice Bengang Isu Pemberian Tuala Wanita Percuma – “Saya Tak Boleh Terima…”

Penyanyi rap sensasi, Caprice meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang menyatakan memulakan inisiatif memberi tuala wanita percuma di tandas kementeriannya.

Menerusi hantaran video di Instagram, Caprice mempersoalkan tindakan Dr Zaliha yang memulakan inisiatif tersebut di kementeriannya dan bukan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

“Mungkin itu idea yang bagus tetapi bagaimana untuk orang miskin, orang asli, hospital dan di sekolah?

“Saya tak boleh terima. Come on Malaysia. Kita baru sahaja keluar daripada Covid. Sesetengah orang fikir saya anti-PH. Saya bukan anti-PH. Saya cuma anti orang dan keputusan bodoh.

“Adakah ini Raja Lawak? “Kita sebagai rakyat ada hak untuk bersuara dan ini bukanlah permulaan yang baik untuk mulakan Malaysia baharu,” ujarnya tegas.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan akan melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

KKM menerusi menterinya Dr Zaliha berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di pejabatnya sendiri.

Khairil Khusyairi