Muat Naik Foto Berbadan Sado, Zizan Razak Jadi Perhatian Warganet – “Fuh Lengan Dia…”

Nama pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak menjadi bualan ramai selepas memaparkan foto terkininya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan bentuk tubuhnya yang terkini.

Zizan yang mengenakan t-shirt berwarna biru dalam foto tersebut ternyata mencuri perhatian warganet apabila dia mempamerkan lengannya yang berotot.

“Hati-hati dengan lengan yang bisa boleh menggoncang hati para janda dan dara,” tulis Zizan di ruangan kapsyen.

Ternyata kapsyen tersebut mencuri perhatian peminatnya.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian pelakon Abang Long Fadil itu, rata-ratanya meluahkan rasa teruja apabila melihat bentuk tubuh terkini Zizan.

Khairil Khusyairi