[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital.

Malah, suami Hanis, pelakon Hairul Azreen dan anak sulung mereka, Yusuf Iskandar serta ramai lagi ahli keluarga turut menjaga dan menghiburkan Alisa sepanjang di hospital.

“Alisa Aisyah my strong girl, a week of whirlwind emotion and uncertainties and two hospital later, we are now back home safe and sound.

“Remember all these faces entertaining you,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mendoakan agar Alisa diberikan kesembuhan dan sihat dengan cepat.

“Oh no. Feel better soon my darling Alisa.

“Aaaaahh sayang. Semoga cepat sembuh.

“Syafakillah for dear Alisa.

“Hope All is well.

“Patut Hanis lama tak buat story, tertunggu-tunggu setiap hari. Rupanya Alisa tak sihat. Syafakillah Alisa,” komen pengikut.

Dharnieya Nur Amelsa