Kisah Viral By: Fatin Nurain June 8, 2023 @ 11:27am

[VIDEO] Lepas Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Individu Ini Dakwa ‘Abang Baju Merah’ Lempang Pekerja Kedai Makan?

Baru-baru ini, isu seorang lelaki yang mengenakan baju berwarna merah menunjal kepala seorang pemandu wanita di sekitar Cameron Highland menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi video yang tular di media sosial tersebut, lelaki terbabil yang kini digelar ‘abang baju merah’ itu dikatakan kurang berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan cuba memotong kereta dipandunya.

Namun, lelaki tersebut dipercayai sudah ditahan oleh pihak polis, pada Selasa lalu.

@xtra_my Polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam. Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut. #fyp #xtramy #lelaki #pukul #kepala #pemandu #wanita #diberkas #polis #beritaditiktok #pdrm ♬ Eh Parah Ni – Mas Gombal

Terbaharu, tular di platform TikTok seorang wanita tampil mendakwa dirinya menjadi saksi lelaki terbabit telah memukul seorang pekerja kedai makan di sekitar Cameron Highland, pada 4 Jun lalu.

Dalam perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa dia telah menyaksikan lelaki terbabit melempang pekerja itu berkali-kali di hadapan pelanggan lain.

“Saya bukan nak rumitkan keadaan, lepas nampak video tu saya teringat abang yang baju merah tu tampar staff di Glory Steamboat. Ini memang jadi depan mata kami sekeluarga masa tu.

“Pada awalnya kami taknak campur, tapi masa dia nak pergi bayar dia marah-marah dan lempar makanan. Kemudian, dia tampar staf baru itu berkali-kali.

“Lepas tu, saya suruh dia berhenti pukul pekerja itu kerana tidak mahu kekecohan berlaku dan saya kata nak telefon polis. Dan dia marah saya untuk tidak masuk campur,” dakwanya.

@cadar_puterichantique Replying to @Jesh Official ♬ original sound – PUTHREESS

Hasil pemerhatian XTRA, pihak kedai makan tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada wanita berkenaan kerana sudah mempertahankan pekerja mereka.

@cadar_puterichantique Replying to @Dennis Pillai ♬ original sound – PUTHREESS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Trending Tue, 13 Jul 2021

“Hanya Dibayar RM150 Untuk…” Jalil Hamid Anggap Ia Satu Penghinaan

Memang tak berbaloi dengan kualiti yang diberikan artis senior

Hiburan Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Featured Wed, 26 Apr 2023
Trending Wed, 4 Apr 2018

平均71岁CS电竞「白发战队」秒电爆鲜肉

谁说游戏只能年轻人玩?瑞典一支平均年龄71岁电竞战队伍「银色狙击手」(Silver Snipers),虽然头发早已苍白、满脸皱纹,但只要坐上电脑前瞬间霸气外泄,立刻震慑敌队的年轻人。

Trending Sun, 13 Sep 2020