[VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Aksi pelawak wanita yang dilihat menanggalkan tudung dan baju kurung yang dipakainya disebuah pentas komedi baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, tindakan tersebut dianggap sebagai menghina agama Islam apabila individu yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu mengaku yang beliau telah menghafal 15 juzuk Al-quran.

ARTIKEL BERKAITAN:Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Terbaharu, wanita itu sekali lagi tampil dalam sebuah video berdurasi 2 minit 2 saat yang tular di platform media sosial, Twitter.

Menerusi video tersebut, beliau yang membahaskan dirinya dengan panggilan Amy sekali lagi tampil dengan kenyataan kontroversi apabila berkongsi status terkini dirinya yang sudahpun berkahwin tetapi memiliki tujuh orang teman lelaki.

“Amy sudah berkahwin dan ada tujuh boyfriend,” katanya.

Sementara itu, Amy turut memaklumkan yang beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan ajaran agama Islam dalam kehidupan.

“Semasa berumur lima ke enam tahun Amy dah kena pakai tudung, tutup aurat dan pakai stokin. Tapi masa Amy berumur 20 tahun, Amy secara rasminya menanggalkan tudung.

“Masa tingkatan 1, 2, 3, Amy dihantar ke sekolah agama, sekolah tahfiz, dan telah menghafal 15 juz al-quran. Habis sahaja tahfiz, Amy ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan habis je SPM… Amy ambil tingkatan 6 dalam subjek ekonomi sehinggalah melanjutkan pelajaran ke sebuah Universiti di Pulau Pinang,” jelasnya.

Meskipun berjinak-jinak dalam bidang comedian, Amy juga kini sedang berkerja separuh masa dan masih belajar secara sambilan dalam bidang perundangan.

 

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan mempertikaikan status dirinya yang memiliki tujuh orang teman lelaki selain mengakui Amy sebenarnya bertindak sedemikian akibat ‘culture shock’.

Sebelum ini, Amy bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Alex muncul dalam satu sesi LIVE di laman Youtube milik mereka sebaik sahaja video dirinya tular di semua platform media sosial.

Bagaimanapun, Amy dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ‘panas’tersebut malah, mengakui yang dia kini masih beragama Islam.

 

 

Berdasarkan pemerhatian di laman Youtube milik mereka, pasangan ini juga dilihat sering berkongsi mengenai tips hubungan seks, seks oral, seks berkumpulan dan orgasm. Bagaimanapun, difahamkan platform Youtube milik mereka kini telahpun dipadam.

Terkini,  Amy dan Alex direman selama tiga hari bermula 10 Julai 2022 sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, pihak  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut memaklumkan pihaknya juga sedang menyiasat kes video viral tersebut.

 

Sumber: Twitter, BH

Salma Syahbuddin