[VIDEO] Penampilan Isteri Didakwa ‘Seksi’: “Jangan Terlalu Keras Menegur” – Haqiem Rusli

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi terkenal Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea menerima cemuhan yang teruk oleh netizen akibat memakai pakaian yang dikatakan ‘seksi’ dan tidak sesuai untuk wanita muslimah

Gambar tersebut dimuat naik oleh Anis menerusi Instagram miliknya ketika sedang berbulan madu di Turki.

Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Susulan itu, pelantun lagu Tergantung Sepi tampil memberi komen mengenai isu terbabit menerusi sebuah temubual bersama mStar.

Haqiem berkata dia tidak mahu memberikan komen tentang isu berkenaan seta menerima segala teguran kepada isterinya dengan hari terbuka.

Namun begitu, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 memohon netizen untuk tidak menggunakan bahasa kasar semasa menegur isterinya.

“Saya tak nak komen banyak tentang perkara ini, bagi saya sebagai seorang manusia, mesti ada proses untuk jadi lebih baik.

“Saya faham mereka yang menegur tu untuk kebaikan, saya setuju dengan mereka cuma kita doa yang baik-baik sahaja, jangan terlalu keras ketika menegur.

“Saya dan Sofea serta kita semua ini akan mempelajari untuk menjadi manusia yang lebih baik, jangan kecam-kecam okay,” katanya.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi