[VIDEO] “Kami Cuma Raikan Momen Bahagia..” – Tular Video Pemain Ultras Malaya Sambut Kejayaan Di Kelab Malam Hanya Salah Faham

Heboh di ruangan media sosial sejak semalam mengenai perbuatan beberapa pemain Harimau Malaya yang telah meraikan kejayaan dipercayai berlaku di sebuah kelab malam sehingga mengundang cemuhan netizen.

Ia susulan kejayaan pasukan kebangsaan negara yang melayakkan diri untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023, setelah membenam Bangledesh 4-1.

Video yang tular di ruangan media sosial memaparkan antara pemain Malaysia iaitu Junior Eldstal, La ‘Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Namun begitu, video tersebut telah menimbulkan persoalan netizen yang mendakwa terdapat salah seorang pemain beragama Islam dipercayai turut berada dan seakan memegang sesuatu di tangan dipercayai rokok.

Bagaimanapun, pemain bernama Junior mengakui perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham terutamanya di negara ini,

“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:#WhazzupNetizen: Instagram Coach Kim Pan Gon Dibanjiri Komen Terima Kasih, Penyokong Bangladesh Minat Pasukan Selangor & Arif Aiman Digelar ‘The Unsung Hero’

Aqilah Paharuzi