“Kau Nak Aku Hidup Merempat Baru Kau Puas Hati?”- Bengang Dengan Shakilla Khoriri, Fizi Ali Akui Penat Berdiam Diri

Kontroversi melibatkan hubungan antara Fizi Ali bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri semakin panas apabila penyampai radio itu sekali lagi memuat naik kenyataan di ruangan Instagram Story miliknya malam tadi.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas apakah kandungan komen yang ditulis oleh Shakilla sehingga dirinya panas hati, Fizi akui sudah penat berdiam diri.

“Patut lah aku kena kaw-kaw. Kau delete komen kau tu faham… Kau dah bagi aku panas lepastu kau delete. Faham… Cantiknya game kau ni,” tulisnya.

Sementara itu, Fizi mendakwa tindakan bekas isterinya itu hanya mengundang prasangka buruk orang ramai terhadap diri dan kerjayanya.

“Apa lagi kau nak hancurkan ha? Kerjaya aku pula? Biar semua orang benci aku… biar semua orang mengata aku… Lepastu, aku kena buang kerja, hidup merempat baru kau puas hati? Ya Allah, dugaan apa pulak kali ini… penat dah penat untuk berdiam diri,” tulisnya lagi.

Malah, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 33,  sempat memberi pesanan kepada mereka yang meninggalkan komen dan menghantar pesanan langsung (DM) berunsur negatif supaya beringat kerana kes bunuh diri dan mereka yang mengalami depresi semakin banyak di negara ini.

“Wah, yang komen dan DM negatif tu beringat lah wei… Kenapa kes bunuh diri dan orang depression makin banyak dekat Malaysia… Beringat!” tulisnya.

Terdahulu, Shakilla tampil memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Fizi selepas dianggap menjadi punca bekas suaminya itu ‘naik hantu’.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali Naik Hantu Dengan Shakilla Khoriri?

Salma Syahbuddin