Trending By: Padin August 2, 2021 @ 8:28am

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang.

Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

Memetik laporan Harian Metro, David menjelaskan surat tuntutan yang bakal dihantar kepada Michael adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’ yang terjadi membabitkan Lana dan pengarah itu.

“Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada.

“Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain,” katanya.

David turut kesal dengan tindakan Michael yang melabel Lana sebagai seorang yang ‘bimbo’ dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.

“Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

“Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

“Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

“Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal,” katanya.

Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Jom Bayar Saman, JPJ Tawar Diskaun 70% Sepanjang April

Pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan diskaun berkenaan perlu hadir ke kaunter JPJ untuk membayar saman atau kompaun terbabit

Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Wed, 17 May 2023

Aina Abdul Lali Kecaman, Sifatkan Diri Seperti Baju Kalis Peluru

Aduh memang kena kalis peluru pun sebab nak bawa fesyen yang gempak kan?

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Terus M*ki Hamun Saya Persoal SOP” – Alyah Bidas Kritikan Rentas Negeri Ke Langkawi

Selepas isu pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikritik kerana merentas negeri di Langkawi kini penyanyi terkenal, Datin Alyah menerima nasib yang sama. Terbaru, kunjungan Alyah ke Langkawi atas urusan kerja telah mendapat kritikan […]

Trending Thu, 12 Nov 2020