Categories: Trending

Kongsi Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai Milik Arwah Neneknya

Pasti ramai diantara kita gemar makan tomyam Thai bila keluar makan bersama keluarga atau rakan-rakan bukan. Biasanya tomyam Thai ini akan dimakan bersama nasi putih berserta telur dadar semasa panas-panas lagi. Dengan hirupan kuah yang masam manis, sememangnya amat menyegarkan.
Kebanyakan tomyam Thai yang dimasak di kedai akan dimasak oleh tukang masak dari Thailand. Rasanya amat berbeza dengan cara yang selalu kita guna.
Namun kali ini, Miya Aira telah berkongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mengenai resepi cara memasak tomyam Thai resepi arwah tok milik keluarga mereka. Rata-rata yang sudah mencuba resepi ini memberi maklum balas ia sememangnya sedap.
Lepas ini boleh la masak tomyam Thai hari-hari dekat rumah. Tak payah keluar pergi kedai lagi dah.

BAHAN -BAHAN

Ayam (potong kecil-kecil, baru sedap. (Lupa nak tangkap gambar)
Nak tambah seafood mcm udang dan sotong lagi SEDAP.

Sebiji bawang besar (hiris) nak lagi sedap guna bawang holland

4 ulas bawang putih (ketuk)

2 batang Serai (ketuk dan hiris menyerong)

6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit,petua saya)

Lengkuas (hiris)

Cili padi (ketuk)

Akar ketumbar

Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan)
Cik miya cuma letak bunga kobis dan Putik jagung je tak ada stock..

NotaNak tahu tak dekat mana rahsia sedap tomyam Thai ialah dekat akar ketumbar dan lengkuas. Ini salah satu petua sedapkan tomyam tau.

Sumber : Siakap keli
SGMS Enal