Categories: Trending

Konsert Petra Kasih Jadi Tumpuan, Tanda Cinta Buat Semua Dalam Menghadapi Pandemik

Sebagai tanda cinta dan semangat juang, dalam usaha membanteras pendemik, PETRA Group telah melancarkan PETRA KASIH.

Bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Konsert Petra Kasih merupakan konsert pertama yang diadakan di Sabah dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Datuk Dr Vinod Sekhar, Ketua dan Ketua Eksekutif PETRA Group, berkata “ PETRA Group ingin mewujudkan penyelesaian demi nilai kemanusiaan. Justeru, kami melancarkan PETRA KASIH sebagai inisiatif membantu rakyat Malaysia dan menyumbang kepada pemulihan negara. Salah satu agenda penting nasional ialah supaya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan petani,yakni tulang belakang ekonomi kita, diberikan bantuan kewangan dan perlindungan dalam situasi sukar ini. ” katanya ketika ditemui di Konsert Petra Kasih minggu lalu.

Bagi membantu mangsa COVID-19, Petra Kasih turut melancarkan The Sekhar Economic Iniatiative, The Ranau Project, The Vanilla Initiative dan Konsert Petra Kasih yang menghimpunkan berisan artis tersohor tanah air seperti Dato ’Zainal Abidin, Dato’ Afdlin Shauki, K-Clique, Vince Chong, Dasha Logan dan The 15.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”