Categories: Trending

Kekal Tiga Angka, Jangkitan Covid-19 Terus Meningkat Hingga 11,034 Kes

Sebanyak 115 kes baharu yang dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak adalah sebanyak 11,034 kes.

112 penularan kes tempatan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 115 kes baharu itu, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 112 kes penularan tempatan.

Tambahnya lagi, kes import itu membabitkan satu individu warganegara dan dua bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 124, Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4)” katanya.

Kes pulih sebanyak 89.62 peratus

Manakala, jumlah kes pulih pula adalah sebanyak 54 kes pada Isnin dan ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,889 kes iaitu 89.62 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1011 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” Jelasnya.

Salma Syahbuddin