Categories: Trending

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Dua lagi pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Pandamaran Jaya disahkan positif pada Isnin.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman ketika dihubungi mengesahkan terdapat kes positif di sekolah tersebut.

Merupakan kontak rapat pesakit

Difahamkan, kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan adik-beradik disyaki dijangkiti daripada abang mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.

Namun, pihaknya sudah berhubung dan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya malah perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa

Bagaimanapun, Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa kerana proses santasi telahpun dijalankan.

Namun, pelajar tidak dibenarkan ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel dan lain-lain.

Salma Syahbuddin