Trending By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 1:45pm

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkota Mohammed Salman melancarkan ‘kota hiburan’ yang bertujuan untuk meningkatkan sumber ekonomi.

‘Kota hiburan’ berkeluasan 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh itu diibaratkan Disneyland yang turut bertujuan menambah baik hubungan sosial antara penduduk, lapor Reuters.

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

Menurut sumber, ‘kota hiburan’ itu bakal menyaksikan 1.5 juta pengunjung ketika pembukaan rasmi fasa pertama pada 2022.

Media tempatan melaporkan bahawa perbelanjaan infrastruktur kota hiburan ini mencecah AS$8 bilion (RM31.36 bilion).

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi pada bulan ini telah meluluskan tayangan filem pertama kepada orang awam selepas 35 tahun menyekat operasi panggung wayang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Trending Tue, 16 Mar 2021
Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?

Trending Wed, 13 Jan 2021

PKP 2.0: SOP Akad Nikah JAIS & JAWI Buat Bakal Pengantin

Wajib ikut SOP terkini buat mereka yang bakal bergelar raja sehari❤️

Trending Fri, 27 Dec 2019

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Ini pendedahan dari pereka fesyen

Featured Sat, 11 Dec 2021

Kes Buli Pelajar di MRSM, Polis Tahan 6 Suspek Utama

Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid,

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Thu, 17 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Eyra Hazali & Anak Buat Trend TikTok Raih Pujian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya bersama ibunya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Eyra di laman TikToknya ketika mereka berdua sedang

| Live TV