Categories: Trending

Kreatif! Gadis Ini Cipta Gaun Bertemakan Covid-19

Ternyata pandemik yang melanda dunia pada waktu ini tidak hanya meninggalkan kesan yang negatif dalam kehidupan kita. Jika dilihat dari sudut positif, banyak perkara bermanfaat yang telah kita lakukan sepanjang berada di rumah.

Antaranya adalah,seorang remaja perempuan di Illinois, Amerika Syarikat (AS) menarik telah perhatian apabila menghasilkan gaun bertemakan Covid-19 dengan menggunakan 41 gulungan pita pelekat.

Keunikan gaun dihasilkan Peyton Manker, 18, turut menjadi bualan dan perhatian di media sosial.Rekaan itu dihasilkan untuk peraduan Stuck at Prom yang menawarkan hadiah biasiswa AS$10,000 (RM42,875).

Terima Pujian Ramai

Namun, perkongsian ibunya, Suzy di Facebook membuatkan hasil kerjanya menjadi perhatian dan menerima ucapan penghargaan dari seluruh dunia.

Gaun berkenaan menampilkan elemen motif koronavirus. Ia termasuk petugas barisan hadapan memakai pelitup muka, virus Covid-19 dan gambaran lelaki kebingungan bagi mewakili individu bergelut dengan masalah mental ketika waktu sukar ini.

Macam mana? on tak on bila tengok gaun ni?

Sumber: Harian Metro

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover