Categories: Trending

Cadangan Benarkan Latihan Penuh Bagi Sukan Berpasukan Akan Dibentangkan Minggu Depan

Cadangan untuk membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan akan dibentangkan minggu depan. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semasa sidang media MKN yang berlangsung hari ini.

“Sebelum ini kerajaan telah membenarkan latihan dan aktiviti sukan serta rekreasi yang tidak ada sentuhan badan atau non contact secara individu dan bukan berpasukan bermula pada 15 Jun 2020.

“Kerajaan mendengar rayuan serta keluhan daripada pengusaha-pengusaha sukan berkontak termasuk persatuan bola sepak bagi pembukaan semula aktiviti-aktiviti sukan berkontak.

“Minggu depan, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican dijangka akan membentangkan kepada mesyuarat khas menteri-menteri mengenai cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal, sukan tempur dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Bernama

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover