Categories: Trending

Tahniah! Dr Noor Hisham Abdullah Terima Anugerah ‘Alumni Tersohor 2019’

Sekalung tahniah buat sosok yang sentiasa tampil dengan senyuman dan sentiasa dilihat ramah melayan pelbagai pertanyaan wartawan dalam setiap sidang media harian dari pihak KKM.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Alumni Tersohor 2019 oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diatas sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan.

Penganugerahan itu diberi sempena majlis Anugerah Sanjungan Kencana Fakulti Perubatan 2020, UKM pada Jumaat.

Dr Noor Hisham Abdullah juga menyifatkan, anugerahini adalah satu pengiktirafan kepada komitmen dan dedikasi semua pihak.

” Ini adalah satu pengiktirafan kepada komitmen dan dedikasi kesemua tenaga pendidik di Fakulti Perubatan UKM dan satu manifestasi kecemerlangan petugas kesihatan di mana sahaja mereka berada

” Mereka adalah insan-insan istimewa yang komited, produktif, inovatif dan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat melangkaui jangkaan

Ucapan ini dapat dilihat menerusi muat naik Facebook miliknya pada Jumaat.

Semuanya kerana hasil kerja berpasukan

Sumber : Facebook

Dr Noor Hisham berkata kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara merupakan hasil kerjasama berpasukan setiap individu kerana setiap sumbangan walau sekecil mana pun, adalah rentetan ke arah hasil impak kesihatan yang tinggi, kos berpatutan dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Malah, beliau juga sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas perkhidmatan kesihatan yang masih bekerja mahupun yang telah bersara.

Kami di www.xtra.com.my juga ingin mengucapkan tahniah diatas penganugerahan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Alumni Tersohor Tahun 2019.

Salma Syahbuddin