Categories: Trending

Denda RM50K Jika ‘PM Tepi’, Tidak Ikut Syarat & Tidak Pamer Tanda Harga?

Walaupun perkara ini telah dibangkitkan pada tahun lalu, namun sehingga kini masih terdapat ramai peniaga online meninggalkan caption ‘PM Tepi’ sekiranya mahu membeli barangan jualan mereka. Tindakan ini sebenarnya salah dan harus dielakkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) menyatakan pihaknya telah mengenakan kompaun kepada sebuah syarikat akibat tidak mempamerkan maklumat yang berkaitan.

Denda RM50k sekiranya…

Bayaran denda yang akan dikenakan adalah sebanyak RM50,000 bagi mereka yang gagal melaksanakan syarat yang telah ditetapkan.

“Konsep ‘PM Tepi’ menjadi suatu kesalahan mengikut Peraturan 3(1)Peraturan- Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik 2012). Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDHEP)

Azman Adam, Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDHEP) Selangor

Boleh PM Tepi mengikut syarat…

Kaedah PM Tepi ini boleh dilakukan dengan mengikut syarat yang telah diberikan oleh KPDNHEP dengan menyertakan maklumat berikut :

Aduan pengguna online tidak pamer harga

Sebagai pengguna, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan peniaga terutamanya peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga atau perkhidmatan yang diiklankan secara online, boleh lah membuat aduan di platform rasmi KPDNHEP

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan pula, anda boleh berhubung menerusi talian KPNHEP

Sumber : Google

Jadi, selain berbelanja dengan bijak, menjadi pengguna yang bijak juga adalah tanggungjawab kita bersama.

Salma Syahbuddin