Trending By: SGMS Enal January 17, 2018 @ 2:37pm

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Tindakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menukar operasi suapan berita ‘News Feed’ di rangkaian media sosial terbesar dunia itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11.53 bilion (AS$3.3 bilion).

Keputusan beliau yang juga ketua pengarah eksekutif, mengurangkan sebarang spam dan iklan di ‘News Feed’ telah menyebabkan saham Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus.

Jumaat lalu, saham syarikat itu didagangkan pada AS$179.37 yang menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding AS$187.77 sehari sebelumnya, lapor Daily Mail

Menurut Zuckerberg, beliau mahu mengutamakan perkongsian daripada rakan dan keluarga terlebih dahulu di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Akibat dari kerugian itu juga, beliau hilang kedudukan sebagai individu keempat terkaya dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.

 
“Kami membina Facebook untuk membantu orang ramai berhubung dan membawa kami lebih rapat bersama orang yang penting kepada kami.

“Tetapi baru-baru ini kami mendapat maklumbalas bahawa kandungan umum – posting dari perniagaan, jenama dan media – semakin menyemakkan momen peribadi yang membawa kita saling menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.

Zuckerberg mula mengasaskan Facebook bermula dari umur 19 tahun dan memiliki 17 peratus saham dalam syarikat berkenaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Muat Naik Video Tarian, Ramai Netizen Nak DeFam Comeback! Tapi Sebenarnya….

Sudah pasti ramai yang mengenali anggota kumpulan penyanyi wanita DeFam iaitu Cik Manggis, Azira Shafinaz dan Sophia Liana yang sering mencuri perhatian peminat industri seni dengan nyanyian dan tarian mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang

Trending Thu, 19 Nov 2020
Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram  

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

‘Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf.. Luluh hati menghadap perkara ni’ – Azhan Rani 😥 Apapun guys, kita doakan Fasha segera sembuh ya 🤲🏻🥹

| Live TV

error: Content is protected !!