#LaguXTRA By: Maya Basir September 14, 2023 @ 5:45pm

#LaguXTRA: Suka Dengar Lagu Ikut Mood, Hisyam Hamid Kongsi Rahsia Dapatkan Emosi Sedih Dalam Lakonan

Minggu ini segmen Lagu XTRA membawakan hero drama Kerana Aku Isteri Bidaan iaitu Hisyam Hamid yang akan berkongsi tentang lagu kegemarannya.

Menurut Hisyam, dia gemar mendengar lagu menerusi corong-corong radio lebih-lebih lagi ketika memandu kereta.

Sebagai pendengar yang bebas, dia sering bertukar saluran radio bersesuaian dengan ‘mood’ pada ketika itu.

“A lot of song. I am the type yang bukan dengar satu lagi je. Kalau tengah drive pun, saya akan flip channel, kalau nak dengar lagu melayu pergi cari lagu melayu. Kalau tengah iklan, saya pergi cari channel lain.

“Saya dengar lagu ikut mood, kalau nak tangkap emo sikit saya akan dengar lagu jiwang. Kalau malam sikit saya cari lagu yang menenangkan.

“Kalau saya nak kemas rumah, saya akan dengar lagu yang fast beat,” ujarnya.

Berkongsi tentang lagu kegemaran sepanjang zaman ialah nyanyian daripada Little Mix berduet bersama Jason Derulo yang berjudul Secret Love Song.

“All time favorite saya suka dengar lagu Little Mix dengan Jason Derulo, The Secret Love Song sebab lagu tu banyak emotions dan banyak cerita dalam satu lagu tu. Its a very nice song to listen,” katanya.

Disoal jika lagu ada memberi kesan terhadap emosinya, Hisyam memberitahu turut menggunakan kaedah mendengar lagu untuk mendapatkan sesuatu ‘mood’ sebelum mula berlakon.

“Even for acting, one of my secret is bila ada scene sedih saya akan dengar lagu sedih tapi depends juga.

“Baru-baru ni saya ada shoot filem untuk Hari Raya, scene tu dimana saya nak kena minta maaf dengan my father sebab kurang ajar, so saya dengar lagu-lagu raya yang sedih untuk ambil mood.

“Especially untuk dapatkan mood tengah down, kalau happy tu senang sikit nak dapat. Tapi kalau nak ambil low sad mood tu lagu memang sangat membantu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Aug 2020
Trending Mon, 3 Feb 2020
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Kak Ani Ada Cadangkan Shiha Zikir & Zizi Kirana…” – Noraniza Idris Tunai Umrah, Siapa Bakal Bersama Bunga Di Separuh Akhir Muzik Muzik 36?

Penyanyi rap muda, Bunga mengesahkan penyanyi Noraniza Idris tidak akan menyampaikan lagu Intan Payung di Separuh Akhir Muzik Muzik 36. Dalam acara yang akan berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 hadapan, Noraniza […]

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Sat, 18 Jun 2022

Fizo Omar & Wak Doyok Dihentam Netizen Gara-gara Promosi Forex – “Tolonglah Bertaubat! Menyampah Tengok Iklan..”

Hmm no komen la kan sebenarnya ramai je main Forex ni betul tak? Doa je la baik baik 😅

Trending Wed, 17 Jun 2020

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Berita baik buat semua yang mengalami masalah bil api melambung tinggi

Featured Tue, 30 Jan 2024