Trending By: Padin April 21, 2022 @ 4:02pm

Lisa Surihani Kongsi Kepentingan Penjagaan Kesihatan Imuniti Sepanjang Ramadan

Bekerja keras seharian untuk mencari rezeki ketika melaksanakan ibadah puasa pada Ramadan bagi memenuhi permintaan keluarga dan insan tersayang dalam membuat persedian hari raya yang ideal bukanlah suatu perkara mudah.

Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Kuatkan imuniti, rezeki Ramadan dinikmati’ yang menampilkan duta jenama Redoxon® terbaharu selebriti terkenal, Lisa Surihani yang berkongsi kepentingan untuk menjaga kesihatan diri meski pun sibuk bekerja.

Video berdurasi 120 minit ini mengadaptasi kisah realiti yang biasa dihadapi oleh individu dalam kehidupan seharian.

Filem pendek ini membawakan penceritaan Seloka iaitu genre muzik Melayu, kebiasaanya digunakan dengan cara berjenaka untuk penceritaan cerita rakyat dan tradisi.

Mesej utama filem pendek ini adalah memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara mudah mengekalkan kesihatan imuniti sepanjang hari pada Ramadan, dengan saranan untuk mengambil satu tablet Redoxon® setiap hari.

Ini kerana, di dalam setiap satu tablet vitamin Redoxon® mengandungi tiga dalam satu manfaat kombinasi Vitamin C, D, Zink, untuk sokongan kesihatan imuniti sepanjang berpuasa.

Redoxon® tekan kesihatan imun diri

Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna bagi umat Islam selepas hampir dua tahun menantikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dan saudara disebabkan berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi sesetengah individu, Ramadan boleh menjadi sedikit mencabar kerana mereka perlu bekerja keras dan menyebabkan kurang mendapat rehat dan tidur yang tidak mencukupi.

Ini kerana, peningkatan aktiviti fizikal dan kekurangan rehat boleh menjejaskan kesihatan imun dan meningkatkan risiko untuk seseorang individu mendapat sakit seperti selsema dan sakit tekak1.

Vitamin C, D, and Zink untuk kesihatan imuniti

Pek Ramadan Redoxon® Edisi Terhad kini boleh didapati di kedai rasmi Bayer, Shopee dan Lazada.

Umum mengetahui, vitamin adalah elemen yang sangat penting serta diperlukan bagi menjamin tubuh badan yang sihat.

Terdapat pelbagai jenis vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh badan dan boleh didapati dengan cara mudah melalui pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

Meski tidak dinafikan ramai individu mengalami kekurangan vitamin dalam badan berikutan masalah untuk mengamalkan pemakanan seimbang berikutan kekangan masa dan diet tidak seimbang.

Bagi menangani masalah ini, orang ramai disarankan untuk mengambil vitamin dalam bentuk suplemen sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan manfaat yang sama.

Seperti saranan Lisa Surihani, antara suplemen dan makanan tambahan yang boleh diamalkan oleh orang ramai adalah vitamin larut air dari Redoxon®.

Peraduan Redoxon® petua buster

Bermula 6 sehingga 27 April, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Redoxon® Petua Buster di media sosial dengan mengikuti tiga langkah mudah ini dan berpeluang menerima 15 pek edisi terhad Redoxon®.

Layari siaran peraduan di Facebook Redoxon® dan komen petua untuk kekal sihat yang anda pernah dengar pada video berikut, kemudian tag tiga rakan anda beserta tanda pagar #SehariSebiji.

Pastikan profil media sosial Instagram dan Facebook anda berada dalam tetapan ‘awam’ bagi memastikan penyertaan anda sah.

Cerita anda akan dikongsi dan diletakkan pada bahagian sorotan Instagram Redoxon®. Lima pemenang terpilih akan diumumkan pada setiap minggu, jom sertai sekarang!

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan pek Ramadan Redoxon® sebagai buah tangan ‘balik kampung’ kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sempena raya ini di kedai dalam talian Bayer di Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Redoxon® layari https://www.redoxon.com.my.

1.Numasitoh T. Physical activities, exercises, and their effects on the immune system. JKKI 2015;7(2): 52.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Trending Fri, 18 Sep 2020
Trending Tue, 23 Mar 2021
Trending Wed, 25 Dec 2019

Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200

Alhamdulilah, masih ada lagi insan yang baik hati memulangkan balik barang yang dijumpa.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Umat Islam perlu bantu putuskan rantaian COVId-19

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Featured Thu, 25 Mar 2021

Diskaun 50% Saman Bermula Hari Ini Sehingga 11 April, Cara Mohon

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini telah melancarkan aplikasi portal MyBayar Saman untuk memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas. Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan […]

| Live TV