Categories: Trending

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadaannya..

Pelakon Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella akhirnya mengaku bahawa beliau dan suaminya, Engku Emran telah sah bercerai.

Perkara itu sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai status hubungan mereka yang menjadi tanda tanya ramai pihak sejak setahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Laudya memberitahu bahawa penceraian mereka berlaku secara baik dengan persetujuan antara dua-dua pihak.

“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.”

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka berdua mula bertiup kencang apabila Engku Emran dikatakan memadam semua foto bekas isterinya di laman Instagram.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017.

Apapun, kami mendoakan yang terbaik buat Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”