Categories: Trending

[Terkini] Bayaran BSH Fasa Ke-3 Dibuat Sebelum Akhir Bulan Julai, Tambahan RM120 Bagi Golongan Ini..

Di saat rakyat Malaysia menantikan berita gembira mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembayaran BSH fasa ketiga akan dilakukan sebelum akhir bulan Julai.

Menurut beliau lagi, pembayaran itu melibatkan RM3 billion terdiri 3.8 juta kategori isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.

Tambahan RM 120 Bagi Anak Berusia Bawah 18 Tahun

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini,”

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak) .

Baca artikel berkaitan: Syarat Kelayakan BSH Fasa 3, Tambahan RM 100 dan E-tunai RM 50 Buat Penerima

Kredit: tontonmy

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”