Categories: Trending

Semua Masjid Dan Surau Kini Dibenarkan Untuk Solat Jumaat Di Selangor

Ada berita baik untuk penduduk Selangor!

Bermula 3 Julai ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat.

Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Sultan Sharafuddin disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari masa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak COVID-19 di Selangor.

“Sultan Selangor berkenan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dengan mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bilangan jemaah boleh mendirikan solat pada satu-satu masa sudah ditetapkan. Baginda juga turut menetapkan bahawa bagi sesiapa yang mengalami gejala demam dan tidak sihat, dilarang sama sekali untuk datang solat berjemaah di masjid.

Jangan lupa untuk patuhi SOP ye.

Sumber: Berita Harian

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover