Trending By: Salma Syahbuddin September 18, 2020 @ 4:19pm

Lebih 600 Petugas Kesihatan Di Malaysia Dijangkiti Covid-19 – Menteri Kesihatan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, lebih dari 600 petugas kesihatan Malaysia telah dijangkiti wabak ini sejak Februari sehingga hari ini.

Dan, daripada jumlah tersebut seramai 406 orang petugas di hospital kerajaan manakala, 194 orang lagi merupakan petugas di hospital swasta dan hospitaluniversiti.

Talian sokongan buat petugas yang dijangkiti

Tambahnya lagi, bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan untuk kembali lebih bersemangat, mereka menyediakan talian sokongan psikososial melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Mereka yang terkesan dengan kes berkaitan psikososial, selain bertemu pakar psikiatri, kami juga akan terus merawat mereka dan tidak membenarkan lagi mereka merawat pesakit Covid-19” katanya.

Petugas turut alami tekanan

Dr Adham juga turut mengakui, antara isu diketengahkan petugas kementerian melalui talian sokongan psikososial ialah tekanan kerana berjauhan dengan keluarga, terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ketat, keletihan dan isu berkaitan tuntutan bayaran elaun khas Covid-19.

Sementara itu sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020 pula, tiga bangunan dan dua jambatan di Putrajaya diterangi cahaya lampu jingga selama empat hari, bermula 17 September 2020 sebagai simbol solidariti dan komitmen terhadap keselamatan pesakit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Trending Sat, 30 Oct 2021

Tips Mengawal Paras Glukosa Dengan Lebih Baik!

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sebanyak 3.9 juta orang rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas menghidap diabetes! Peratus meningkat dari 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015. Antara punca yang dikenal pasti […]

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023
Featured Tue, 29 Aug 2023
Acara Tue, 7 Mar 2023