Categories: Trending

Lebih 600 Petugas Kesihatan Di Malaysia Dijangkiti Covid-19 – Menteri Kesihatan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, lebih dari 600 petugas kesihatan Malaysia telah dijangkiti wabak ini sejak Februari sehingga hari ini.

Dan, daripada jumlah tersebut seramai 406 orang petugas di hospital kerajaan manakala, 194 orang lagi merupakan petugas di hospital swasta dan hospitaluniversiti.

Talian sokongan buat petugas yang dijangkiti

Tambahnya lagi, bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan untuk kembali lebih bersemangat, mereka menyediakan talian sokongan psikososial melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Mereka yang terkesan dengan kes berkaitan psikososial, selain bertemu pakar psikiatri, kami juga akan terus merawat mereka dan tidak membenarkan lagi mereka merawat pesakit Covid-19” katanya.

Petugas turut alami tekanan

Dr Adham juga turut mengakui, antara isu diketengahkan petugas kementerian melalui talian sokongan psikososial ialah tekanan kerana berjauhan dengan keluarga, terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ketat, keletihan dan isu berkaitan tuntutan bayaran elaun khas Covid-19.

Sementara itu sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020 pula, tiga bangunan dan dua jambatan di Putrajaya diterangi cahaya lampu jingga selama empat hari, bermula 17 September 2020 sebagai simbol solidariti dan komitmen terhadap keselamatan pesakit.

Salma Syahbuddin