Categories: Trending

Terkini: Kes Positif COVID-19 Cecah 30 Juta Di Seluruh Dunia

Data terbaharu dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif bagi kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 30 juta.

Ratusan kes jangkitan terbaharu dalam masa 24 jam juga berjaya direkodkan.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.67 juta kes jangkitan.

Negara India mencatat bilangan kes 5.11 juta, dan Brazil merekodkan 4.41 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes. Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes. Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Iraq.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia. Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan dan Romania. Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”