Categories: Trending

Mangsa ‘Body Shaming’ Online Boleh Ambil Tindakan, Denda Sehingga RM50,000

Baru-baru ini platform media sosial terutamanya Facebook, dihujani dengan pelbagai jenis avatar ciptaan pemilik akaun.

Namun, ramai juga netizen yang cuba mengupas kaitan antara fenomena avatar dan isu body shaming terutamanya secara online.

Kesan negatif kepada mangsa

Siapa sangka, insiden melibatkan body shaming ini timbul semula apabila berita seorang wanita di Johor Bharu yang membuat laporan polis pada Khamis susulan dakwaan seorang personaliti media sosial (influencer) menghina bentuk fizikalnya menerusi Facebook secara langsung.

Isu body shaming semestinya mendatangkan kesan negatif kepada mangsa sehingga ianya boleh menyebabkan kemurungan, gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan dan yang paling teruk adalah, mangsa boleh ke fasa ‘fatal’ atau membunuh diri.

Body Shaming adalah perbuatan jenayah

Menerusi muat naik dilaman Facebook Public Health Malaysia, perbuatan memalukan atau mengkritik bentuk badan seseorang dimana-mana laman sosial merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 (1) (b).

Justeru itu, bagi mereka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa body shaming secara online bolehlah mengambil tindakan undang-undang.

Dan, pelaku boleh disabitkan kesalahan serta boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun ATAU denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Salma Syahbuddin