Categories: FeaturedTrending

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata
penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian kerajaan.

Menurut beliau lagi terdapat majikan yang menawarkan kerja secara separuh masa kepada graduan yang masih tidak mendapat tempat dalam industri.

Beliau bagaimanapun menasihatkan graduan menerima sahaja tawaran gaji yang diberikan oleh majikan tersebut daripada terus menganggur kerana industri juga terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Kita tidak pernah ubah gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265). Hanya Parlimen sahaja yang boleh beri kelonggaran.”

“Daripada menganggur, lebih baik sekiranya bekerja dengan mendapat gaji harian dalam tempoh masa tertentu atau secara separuh masa,” katanya ketika sidang akhbar Program Malaysia Prihatin dan Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”