Categories: Trending

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Haris didakwa melanggar SOP.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Akan Ambil Tindakan” Neelofa & Suami Dipanggil Beri Keterangan Isu Langgar SOP – KPN

Sekali lagi, spekulasi pasangan ini melanggar SOP timbul apabila Neelofa dan suami terbang ke Pulau Langkawi, Kedah selepas beberapa hari melangsungkan perkahwinan.

“Saya pun respek semua orang datang ke sini nak tanya benda sama kepada saya.

“Saya juga nak minta kepada rakan media yang sudah lama saya kenali untuk memberi ruang saya selesaikan perkara ini secara profesional dan peribadi dengan mereka yang berkenaan.

“Saya tak nak ulas panjang-panjang, saya tak mahu mudaratkan keadaan. Bagi saya ruang untuk selesaikan secara baik dan tenang, tanpa tekanan dari mana-mana pihak,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis kolaborasi sandal Fipper dan aplikasi The Noor di Putrajaya sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mereka ke Pulau Langkawi untuk lawatan kerja dan berbulan madu, Neelofa mempunyai jawapan tersendiri.

“Segala kerja yang saya lakukan sudah dirancang awal sebulan, atau lebih. Keputusan berkenaan kerja bukanlah dibuat secara spontan.

“Saya ingin menyelesaikan semua perkara berkaitan kerja sebelum Ramadan menjelma, Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dilunaskan,” katanya lagi.

Padin