Categories: FeaturedTrending

Majlis Dihadiri Kaum Keluarga, Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Uqasha Senrose & Kamal Adli selamat melangsungkan pertunangan di sebuah hotel di ibu kota petang Ahad.

Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu.

Walaupun pasangan itu tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai pertunangan mereka namun momen indah pertunangan mereka telah dikongsi adik Uqasha, Raysha Rizrose di ruangan di akaun Instagram miliknya.

Pereka fesyen, Shanell Harun turut memuat naik entri ketika sesi tatarias di laman sosial.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal memaklumkan kepada media mereka berhasrat mengadakan majlis perkahwinan di kawasan tanah tinggi.

 

Kamal sebelum ini pernah melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP ERA, Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan mula rapat selepas terbabit dalam beberapa drama bersiri sejak 2019.

Kredit foto : Shanell Harun

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”