Categories: Trending

Sesi Persekolahan Akan Dapat Diteruskan Secara Sempurna, Selamat & Lancar Dengan Syarat…

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengingatkan agar warga sekolah, termasuklah pelajar, guru mahupun ibu bapa agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ini bagi memastikan keselamatan dan proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, selamat dan lancar dengan syarat pelajar terutamanya  mematuhi SOP ketika tiba di sekolah dan selepas tamat sesi persekolahan.

“Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.

Penekanan SOP!

Malah,  Datuk Dr Radzi Jidin juga menekankan agar pihak sekolah sentiasa mengingatkan pelajar mengenai pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai garis panduan lengkap di sekolah.

Beliau berkata demikian selepas melawat pembukaan semula sekolah menengah bagi Kumpulan B di Bandar Baru Bangi pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN : KPM Akan Tutup Sekolah Jika…

ARTIKEL BERKAITAN : Sekolah Di Kota Bharu Ditutup Selepas 11 Guru dan 1 Orang Murid Positif Covid-19

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin