Categories: Trending

Teman Lelaki Lamar Dalam Stadium, Bertuah Sungguh Shinna!

Ramai yang menonton perlawanan bola sepak Sabtu lepas antara Myanmar dan Malaysia. Malaysia berjaya menundukkan Myanmar 3-0 dalam aksi final Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil.

Sorakan kegembiraan rakyat Malaysia bergema di seluruh stadium meraikan kemenangan ini.

Sewaktu masa pertama berehat, Imej skrin terpampar “Jom Kahwin Saya Shinna” telah menjadi bual mulut pada penonton siapakah gadis yang bertuah. Surprise untuk seluruh stadium bila lamaran ini dibuat di hadapan ribuan penonton.

Difahamkan, aksi lelaki yang dikenali sebagai Roshan Gunasakaran itu membuat lamaran terhadap teman wanitannya, Shinna Teh ketika perlawanan rehat separuh masa pertama, nyata memberi reaksi pelbagai netizen.

Para penonton yang berada di kawasan untuk bersorak kegembiraan apabila Shinna menyatakan tanda setuju terhadap lamaran yang amat bermakna.

Video lamaran yang dikongsikan di platform sosial media. 

Disaksikan ratusan penonton, Shinna dilihat menyeka air mata kegembiraan sambil menjawap “YA” sebelum menyarungkan cincin


Tahniah dan selamat berbahagia dari pihak kami buat pasangan berdua

SGMS Enal