Trending By: SGMS Faida August 7, 2018 @ 9:01pm

Lombok Bergegar, 20,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Gempa bumi kuat yang melanda Pulau Lombok, Ahad lalu menyebabkan ratusan pelancong masih terkandas dan dalam masa sama usaha penyelamat menggali runtuhan untuk mencari mangsa masih hidup masih diteruskan.

Gempa magnitud 7.0 di Lombok meragut sekurang-kurangnya 98 nyawa dan mencederakan tambahan 236 orang selain menyebabkan 20,000 orang hilang tempat tinggal manakala ribuan pelancong melarikan diri.

Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) berkata, ia menjangka angka kematian meningkat sebaik runtuhan lebih 13,000 rumah dibersihkan selepas dua gempa kuat dalam tempoh seminggu.

Tiada pelancong dilaporkan terbunuh, namun gempa Ahad lalu yang berlaku jam 6.46 petang waktu tempatan dirasai sehingga ke Pulau Bali bersebelahan di mana dua dilaporkan maut.

Ia diikuti lebih 12 gempa susulan termasuk pagi semalam yang direkodkan pada magnitud 5.4.

Barisan panjang dilihat di lapangan terbang bandar utama Lombok di sini ketika pelancong memendekkan percutian mereka. Agensi itu berkata, 18 penerbangan tambahan disediakan untuk pelancong yang mahu pulang.

“Saya berada di bumbung hotel dan bangunan bergoyang kuat. Saya tidak dapat berdiri,” kata Gino Poggiali, 43, rakyat Perancis yang bercuti bersama isteri dan dua anaknya ketika ditemui di lapangan terbang. -The Associated Press (AP).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jan 2020

Mickey And Minnie Mouse Got A CNY Makeover @ Pavilion Kuala Lumpur + Fun Festivities

Pavilion Kuala Lumpur welcomes Mickey Mouse and Minnie Mouse with “The Prosperous Reunion”.

Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Featured Fri, 12 Mar 2021

Boleh Naikkan Caruman Perkeso Tetapi Hanya Syer Majikan Untuk Pekerja – MTUC

Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dibuat terhadap syer majikan sahaja tanpa melibatkan kenaikan kadar kepada pekerja. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata kesatuan itu bersetuju […]

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…