Categories: Trending

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik  yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata beliau dimaklumkan bahawa mangsa terakhir yang mendapatkan rawatan selepas kejadian itu dibenarkan pulang ke rumah pada 25 Mac.

“Semua pesakit yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang, setakat ini pihak kami belum menerima sebarang kes baru yang berkaitan dengan kejadian itu,” kata Dr Sahruddin.

Beliau ditemui pada hari pelancaran program Hari TB Sedunia peringkat negeri pada hari Rabu. Seramai 6,000 penduduk di Pasir Gudang mengalami masalah kesihatan akibat menghidu gas beracun daripada  pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu.

Kejadian ini juga mengakibatkan penutupan sebanyak 111 sekolah di kawasan itu. Sekolah-sekolah tersebut akan dibuka semula pada 31 Mac.

Dr Sahruddin juga berkata pihak kerajaan yakin kejadian itu tidak akan berulang apabila sekolah dibuka semula pada hari Ahad. Beliau menegaskan  kualiti udara di Pasir Gudang menunjukkan ia berada di tahap baik. 

“Kerajaan negeri tidak dapat menjamin perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Insya Allah, masalah ini akan dapat dibendung apabila musim persekolahan bermula”.

Beliau juga menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”