Categories: Trending

Masjid Di Seluruh Malaysia Mula Dibuka 12 Jun Ini

Bagi wilayah persekutuan, masjid akan dibuka di zon hijau bagi solat berjemaah dan solat Jumaat dengan perluasan bilangan 1 per tiga daripada jumlah kapasiti bagi dewan solat utama bermula 12 Jun 2020.

Masjid juga turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah melakukan solat seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing

Manakala, cadangan sistem penggiliran solat berjemaah dan solat Jumaat juga akan dilakukan bagi memberi peluang kepada anak-anak kariah lain untuk hadir.

Selain itu, muslimah juga dibenarkan untuk ke masjid dan surau dengan syarat bersama-sama dengan mahram.

Salma Syahbuddin