Bakal Pengantin Boleh Jalani Akad Nikah Di Masjid – Dr. Zulkifli

Berita baik buat semua pasangan!

Kerajaan memberi kelonggaran untuk bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga untuk mengadakan akad nikah di masjid.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi sidang media sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga akan mengeluarkan garis panduan terperinci buat semua orang.

Untuk sidang media penuh, tonton video di bawah ini:

Syafiqa Irdina