Categories: Trending

Melamar Di Stadium BUKAN Gimik, Lelaki Gentleman Ini Dedah Cerita Sebenar

Wanita bernama Shinna Teh menjadi sebutan di laman sosial sehingga hari ini apabila namanya terpampang di skrin di Stadium Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Teman lelakinya, G Roshan melamar buah hatinya itu sambil disaksikan 83,000 penonton ketika perlawanan Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Myanmar.

Roshan memaklumkan lamaran ini bukan gimik atau menunjuk-nunjuk sebaliknya lebih kepada kejutan untuk menghargai kekasihnya yang dikenali sejak lebih empat tahun lalu.

“ Saya mahu rakyat Malaysia menjadi saksi betapa hebatnya cinta saya terhadap Shinna Teh. Sebenarnya, saya sudah rancang tiga minggu lebih awal dengan kerjasama pihak penganjur. 

“ Saya juga minta keizinan dan restu daripada kedua-dua belah keluarga tapi merahsiakannya daripada pengetahuan Shinna,” katanya.

Roshan yang merupakan pakar tulang memberitahu dia amat gembira apabila misi tersebut berjaya.

“ Selain lamaran saya diterima, kami juga menerima ucapan tahniah pada malam itu juga. Ramai yang datang kepada kami dan ambil gambar bersama. Saya juga terharu melihat sokongan rakyat Malaysia, terima kasih,” katanya.

Aksi pasangan kekasih ini menjadi bualan netizen apabila proses lamaran dibuat di stadium gah bersaksikan ribuan penonton.

Ayat ‘Jom kahwin saya Shinna? membuatkan penonton tercari-cari siapa pemilik nama itu.

Difahamkan, Roshan dan bakal isterinya berkongsi minat yang sama iaitu menyaksikan perlawanan bola sepak bersama.

“ Mula-mula saya pun takut nak melamar di stadium maklum saja bimbang penerimaan penonton. Tapi segalanya berjalan baik dan saya nampak wujud perpaduan luar biasa pada malam itu,” katanya.

SGMS Faida