Kontroversi Libatkan Forteen, Izzue Nafi Itu Bukan Gimik

Kontroversi yang timbul melibatkan penyanyi dan pelakon, Izzue Islam dan rakan-rakannya dalam kumpulan Forteen bukanlah gimik semata-mata hanya kerana mahu melancarkan single terbaru kumpulan itu. 

Menurut Izzue, beliau dan Forteen menafikan sama sekali tuduhan tersebut dan tidak tergamak langsung untuk mencetuskan sebarang isu murahan.

Sumber : Instagram @izzueislam

” Kalau benar seperti yang disebutkan pastinya lagu tersebut telahpun diperdengarkan. Dan kalau benar kami sengaja mahu mencetuskan gimik, lebih baiklah kiranya kalau kami rebut sahaja peluang tersebut ketka isu tersebut hangat diperkatakan.” 

” Syukur semuanya sudah diluahkan dari hati ke hati. Selepas perjumpaan itu, kami berkumpul lagi ditempat lain pada hari yang sama.” Katanya

Terdahulu, Izzue mengejutkan semua peminat dan ahli kumpulan Forteen yang lain apabila mengumumkan beliau mahu menarik diri dari kumpulan tersebut.

Salma Syahbuddin