Categories: Eat Travel

Ini Resipi Oden Ala Family Mart Yang Viral. Buat Di Rumah Guna Rice Cooker Saja!

Anda pernah makan oden yang dijual di Family Mart? Sedap kan makan panas-panas! Penulis kalau order mesti 5 cucuk makan seorang, sedap sangat!

Tapi, sebenarnya cara nak membuat oden ini tidak susah ya. Di rumah pun anda boleh buat dengan menggunakan rice cooker saja! Yang pasti resipi yang bakal penulis kongsikan ini rasanya sedap dan menggunakan bahan-bahan yang cukup mudah.

Lagi-lagi dah mula cuti persekolahan ini kan, bolehlah jadikan hidangan ini sebagai salah satu aktiviti memasak bersama anak-anak. Jom kita tonton video resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming di laman Instagramnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 cawan air
  • 2 paket perencah tom yam
  • 1 1/2 paket perencah asam pedas
  • 1 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Lidi sate
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Lobster
  • Fish sandwich

Cara membuatnya:

1. Masukkan 10 cawan air ke dalam periuk nasi. Kalau anda suka kuah yang cair, boleh lebihkan air.

2. Kemudian, masukkan semua perencah tom yam, perencah asam pedas, gula, garam. Kacau sehingga rata.

3. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga mendidih.

4. Sementara tunggu kuah mendidih, anda boleh cucukkan fish ball, fish cake, dan sebagainya dengan lidi sate.

4. Apabila kuah dah mendidih, boleh masukkan semua bahan yang telah dicucuk tadi ke dalam kuah. Tutup dan biarkan ia masak.

5. Boleh dihidangkan!

Mudah sangat kan? Apa tunggu lagi, jom cuba!

Sumber: Instagram

tex_admin