Trending By: Padin March 2, 2022 @ 10:37am

“Menjadi-Jadi Sejak Saya Berkahwin Dengan Heliza Helmi” – Datuk Seri Mahadi Dakwa Scammer Pelaburan Guna Nama, Gambar & Video

Suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mendakwa namanya digunakan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud.

Mahadi yang merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ mengesan pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan akaun palsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram selain aplikasi sembang maya seperti Telegram untuk menipu mangsa.

Memetik laporan Harian Metro, Mahadi dan syarikatnya menerima banyak kiriman mesej daripada mangsa yang mendakwa menanggung kerugian akibat ditipu sindiket berkenaan.

“Ini bukan kali pertama nama saya digunakan, malah semakin menjadi-jadi sejak saya mendirikan rumah tangga bersama Heliza.

“Berdasarkan maklumat mangsa, mereka ditawarkan skim pelaburan serendah RM300 dan menjanjikan pulangan antara RM10,000 sehingga RM18,000 hanya dalam tempoh tiga hari.

“Scammer ini menggunakan nama, gambar dan video ceramah saya kononnya saya adalah bos mereka.

“Kebanyakan mangsa yang terpedaya memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank diberikan tetapi selepas tiga hari, mangsa diminta memasukkan sejumlah wang lagi sebagai deposit bagi mendapatkan wang pelaburan mereka.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila individu terbabit gagal dihubungi selepas memasukkan wang itu,” katanya.

Tambah Mahadi, setakat ini pihaknya mengesan kira-kira 100 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan identity dirinya untuk mempromosikan skim pelaburan dan memperdaya mangsa.

Antara akaun media sosial yang menggunakan namanya adalah Al Kahtifah Trust, Aurora Mining Team, Al-Dagang Malaysia, Bijak Labur, Madinah Mining, Pelaburan Al-Marzuqi, MoneyStone dan Xafee Trade.

Berikutan itu, pihaknya sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Februari lalu di Balai Polis Kelana Jaya.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan polis mengenai tindakan diambil. Namun kami difahamkan polis sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kegiatan sindiket penipuan itu turut menjejaskan urusan syarikatnya selain mencemar reputasi dan nama baiknya.

“Saya minta tolong mangsa buat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak perlu gusar tindakan mereka akan menjejaskan saya kerana saya sendiri buat laporan polis,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi syarikat melalui laman web www.aufmbz.com atau menghubungi 018-2550707/5752 untuk mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Kisah Viral Sat, 18 Dec 2021

“Ya, Kita Nak Pergi Mama Kahwin” – Bawa Anak Pergi Majlis Nikah Bekas Isteri, Lelaki Ini ‘Tersebak’ Atas Pelamin

Aksi seorang lelaki yang membawa anak menghadiri majlis pernikahan bekas isterinya menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok. Biarpun sudah membawa haluan masing-masing, lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus itu masih mengekalkan hubungan […]

Featured Thu, 17 Aug 2023

Ketua Polis Sahkan Tiada Panggilan Kecemasan Dibuat, EXCO Pahang Antara 10 Mangsa Tragedi Pesawat Di Elmina

Allahuakbar, semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang beriman..

Featured Tue, 11 Apr 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023