Categories: FeaturedTrending

Menteri Kesihatan Beri Bayangan Bakal Laksana PKP Di 6 Negeri Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kemungkinan bakal dikenakan di negeri-negeri yang menunjukkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak.

Memetik laporan New Straits Times,  Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba berkata cadangan itu dikemukakan selepas pandemik COVID-19 di negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Malah, kes harian juga sudah melebihi 3,000.

“PKP akan dilakukan secara bersasar sahaja dan akan melibatkan negeri-negeri yang melaporkan kes harian COVID-19 tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor, Kedah dan Sarawak,” katanya ketika ditemu bual New Straits Times.

Dalam pada itu, arahan bekerja dari rumah dan penutupan bazaar Ramadan juga akan dikaji semula dalam masa terdekat.

Keputusan itu akan dilakukan berikutan peningkatan kes COVID -19 di Malaysia yang mencatag rekod lebih 3,000 kes setiap hari.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”