Categories: FeaturedTrending

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, seperti yang dihajatkan untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan dan Nuzul al-Quran dimakbulkan-Nya,” tulisnya.

Menurut Fouziah, kejayaan beliau itu adalah hasil bimbingan dan semangat daripada ustazah Fadhilah yang dipercayai menjadi tulang belakang memberi bimbingan kepadanya.

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup memandu datang rumah, layan mengaji dalam telefon selama sejam.

“Sanggup korbankan tidur, ikut masa saya dan banyak lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sekeping gambar untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah,” katanya.

Perkongsian Fouziah menarik minat ramai rakan artis dan para peminat yang terinspirasi dengan sikap istiqamahnya. Malah, ramai yang turut memuji Fouziah kerana berjaya memenuhi hajatnya untuk menghabiskan bacaan Al -Quran pada bulan yang mulia.

Untungnya Fouziah menjadi antara insan terpilih yang hatinya dekat dengan Quran di bulan Ramadan ini. Alhamdulillah, masih tidak terlambat buat korang yang mempunyai “Ramadan Goal”untuk khatam Al Quran.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”