Categories: Trending

Kempen Ponteng Sekolah Bertentangan Adab Pendidikan Negara

Baru-baru ini tular mengenai isu berkaitan tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen #MakeSchoolASaferPlace yang pastinya memberikan pandangan tidak baik terhadap institusi pendidikan sekolah di Malaysia.

Justeru itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha memaklumkan bahawa, ianya sama sekali bertentangan dengan adab pendidikan yang memerlukan mereka menghormati institusi ilmu dan pendidikan.

Malah, terdapat lebih banyak  cara lain yang lebih kreatif dan berkesan, untuk mendokong kempen pendidikan seksual dan sekolah sebagai tempat selamat serta aman untuk pelajar, sesuai dengan adat ketimuran.

“Menghadiri kelas pengajian adalah sebahagian daripada adab pelajar kepada ilmu, guru dan institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bukan itu sahaja, pihak MBM juga bersetuju supaya pelajar diberikan hak untuk bersuara, bagi mempertahankan diri daripada sebarang gangguan termasuk gangguan seksual dan ancaman rogol, namun kempen itu sepatutnya digerakkan sendiri oleh pelajar dan guru berkaitan dengan hal ini.

Tindakan tegas juga perlu  diambil kepada pihak yang mengambil kesempatan mempermainkan isu berkaitan ancaman rogol dan gangguan seksual.

Terdahulu, sebuah gabungan badan bukan kerajaan sebelum ini, meminta pelajar dan guru agar membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari, antara lain berikutan kes seorang guru yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berunsur lucah, dengan menggalakkan perlakuan rogol ketika pembelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN : Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

ARTIKEL BERKAITAN  : Jenaka Rogol Di Sekolah ? Tiada Toleransi! – Radzi Jidin

ARTIKEL BERKAITAN : Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

 

 

Sumber :  Bernama

Salma Syahbuddin