Categories: Trending

PKP, SOP Dilaksana Diseluruh Selangor Adalah PALSU! – MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor, sama ada pada 4 Mei atau 5 Mei 2021.

Ini termasuklah beberapa arahan dan cadangan berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei 2021.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi respon pantas oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan pada Ahad.

Namun, pihak MKN menegaskan kenyataan yang tuklar itu adalah palsu dan orang ramai diarahkan untuk menghentikan perbuatan menyebarkan berita palsu kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan masyarakat hari ini,

Selain itu, MKN juga menafikan kesahihan mengenai penyebaran prosedur operasi standard (SOP) menerusi hantaran di laman Facebook mereka.

Tambahnya lagi, berita mengenai penularan SOP ini berlaku sebelum pihak MKN mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

 

Sumber : Facebook MKN

 

Salma Syahbuddin