Categories: Trending

Mia Ahmad Mohon Maaf, Umumkan Dirinya Sedang Hamil. Wah, Tahniah!

Impian pelakon cantik manis, Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil. 

Mia yang mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada awal tahun lalu telah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.

Melalui perkongsiannya, Mia berkata awalnya dia agak bimbang untuk berkongsi tentang kehamilannya kepada umum kerana pernah mengalami keguguran beberapa bulan yang lalu.

“Dengan penuh kesyukuran, saya ingin mengumumkan saya kini sedang hamil, takut juga mahu umumkan tentang ini kerana pernah keguguran beberapa bulan lalu.

“Tetapi, ia membuatkan saya lebih kuat dan memberanikan diri untuk memberitahu semua orang tentang kehamilan ini.

“Saya harap semua orang memahami keadaan saya dan minta maaf jika ada di antara kamu yang terkejut dengan hal ini,” menurut tulisannya di laman Instagram. 

Foto : Instagram Mia Ahmad

Mia juga memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menolak beberapa program berkaitan kerana perlu menjaga kesihatan di awal kandungan.

“Saya ingin mohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa tolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah dan sebagainya kerana perlu menjaga kesihatan.

“Saya juga mohon maaf kepada pihak media kerana tidak membalas panggilan telefon dan Whatsapp dihantar.

“Saya harap perjalanan kehamilan saya akan berada di dalam doa anda dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin,” tulisnya.

Instagram miliknya juga dibanjiri dengan ucapan dan doa daripada peminat-peminatnya. 

Foto : Instagram Mia Ahmad

Foto : Instagram Mia Ahmad

Semoga proses kehamilan Mia Ahmad dipermudahkan sehingga melahirkan anak nanti. Tak sabar nak tengok baby Mia mesti comel!

Sumber: mStar

tex_admin