Trending By: Padin December 29, 2020 @ 12:57pm

Muncul Dengan Single Solo, Ezwan Ariff Tinggalkan Neon Band?

Impian untuk bergelar penyanyi sudah tercapai apabila menjadi vokalis kumpulan Neon Band sejak tiga tahun lalu.

Lagu seperti Cinta Yang Telah Mati, Hingga Akhir Nanti, Kaca dan Jiwa berjaya memperkenalkan nama Neon Band dalam arena muzik tanah air.

Namun, selepas tiga tahun bersama kumpulan itu, vokalisnya, Ezwan Ariff mengambil keputusan bergerak secara solo menerusi single Misteri.

Single terbitan syarikat rakaman Najah Music yang dilancarkan secara rasmi pada 25 Disember lalu adalah karya komposer terkenal Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

Menurut Ezwan, keputusan tampil solo adalah perancangan daripada syarikat rakaman dan dipersetujui kedua-dua pihak yang turut membabitkan pengurusan Neon Band.

“Sebenarnya saya memang bercita cita nak menjadi penyanyi. Tidak kisah secara solo atau band, tapi rezeki datang dulu bersama band. Selepas tiga tahun dengan Neon Band, saya dapat peluang buat solo pula.

“Pengurusan pun okay dan tidak ada masalah dengan perkara ini. Asalkan tidak menimbulkan konflik kerjaya bersama band. Malah kedua-dua pihak setuju dan okay. Begitu juga dengan ahli kumpulan.

“Tidak ada sebarang isu pun sebab saya bukannya keluar kumpulan, tapi ini sekadar projek solo. Malah, perancangan bergerak solo dibuat adalah untuk membantu menaikkan nama Neon Band juga. Secara tak langsung orang akan lebih kenal band ini,” katanya.

Ditanya jangka masa untuk bergerak solo, Ezwan berkata dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan single solo kedua selain menyerahkan segala keputusan kepada pihak pengurusan dan syarikat rakaman.

“Saya tak letak jangka masa. Secara peribadi, saya sudah ada perancangan sendiri. Insya Allah, selepas enam bulan saya nak lancar single kedua. Di antara tempoh itu Neon Band juga akan ada lagu baharu. Kiranya, memang kerjaya solo dan band akan bergerak seiring.

“Bagi single kedua nanti, belum ada perancangan lagi sama ada secara duet atau solo. Kalau ada artis nak berduet, saya okay dan sangat berbesar hati. Cuma, kalau boleh biarlah lagu solo berentak balada. Lagi pula saya sudah ada gambaran muzik macam mana. Apa pun, Bergantung kepada ‘trend’ muzik juga,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu Misteri yang bergenre Pop R&B, Ezwan berkata itu adalah arah tuju muzik yang sudah ditetapkan pihak syarikat buat dirinya.

“Apabila pihak pengurusan tawarkan projek solo, genra ini adalah ‘direction’ untuk bentuk kerjaya solo seiring dengan ‘trend’ dengan muzik sekarang. Begitu juga apabila muzik ini mudah diterima pebdengar, radio dan platform digital.

“Dari awal saya terbuka dengan cadangan pengurusan. Lagi pun kebanyakan lagu dengan band bergenre ‘slow rock’. Jadi, nak nampak kelainan, solo dan band, saya okay saja dengan muzik ini. Apabila mereka bagi dengar, lagu ini kena dengan jiwa. Dalam masa sama sesuai dengan ‘tone’ suara dan penghayatan. Jadi ia lebih mudah.

“Lagu ini sudah siap dirakam lepas raya iaitu dalam bulan Ogos. Awalnya, nak rakam demo dulu, tapi selepas sesi rakaman itu, komposer mengatakan rakaman itu sudah bagus. Jadi, mereka terus ambil sebagai rakaman penuh,” katanya.

Video muzik rasmi lagu Misteri juga sudah dilancarkan pada 25 Disember lalu di saluran YouTube Najah Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Trending Thu, 4 Jun 2020

Penjarakkan Sosial Juga Perlu Didalam Bilik Guru – KPM

Bukan pelajar je kena patuhi SOP ye

Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Trending Thu, 1 Aug 2019

Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh …

Pesara Wanita Ditipu Wang Simpanan RM123,500 Oleh ‘Pegawai Bank Negara’

Trending Wed, 19 Aug 2020

Penjara 3 Tahun Atau Denda RM20,000 Gara-Gara Pasang Bendera Malaysia Terbalik

Ingat! Jangan sesekali pasang bendera terbalik. check dulu okay!

Trending Wed, 28 Nov 2018

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Trending Mon, 11 Jan 2021
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Trending Tue, 3 Apr 2018

Japanese Scientists Find ‘Young Girls’ Scent’ and Plans to Make Perfume From It

It’s very refreshing apparently and smells like peaches.

Trending Thu, 29 Aug 2019

空气污染可能会让人变得更加暴力!

研究人员对美国8600万人的13年数据进行分析后发现,空气污染越严重,暴力犯罪就越多……

| Live TV