Categories: FeaturedTrending

Nabila, Engku Emran Dikhabarkan Bakal Nikah Esok?

Hubungan cinta antara Engku Emran dan Noor Nabila semakin hangat diperkatakan.

Sebelum ini, menerusi laman Instagram (IG), Engku Emran memuat naik foto menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya di dalam kereta.

Nampaknya kali ini, khabar angin semakin bertiup kencang apabila kedua duanya didakwa bakal diijabkabulkan pada hari esok.

Nabila menerusi Berita Harian enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut :

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis.” katanya.

Hubungan mereka semakin hangat dibincangkan apabila kedua duanya dilihat mesra ketika Engku Emran menghadiri majlis tahlil di kediaman keluarga Noor Nabila.

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”